Jun 24, 2009

Health is Wealth ...





Kesihatan.

Apa guna kesenangan duniawi, wang ringgit dan harta jika salah satu nikmat dunia iaitu kesihatan dicabut dari diri. Akan hilanglah seri dunia ini. Bagi mereka yang masih dikurniakan nikmat kesihatan ini, peliharalah dan bersyukurlah.

Atas kata-kata keramat ini ... healt is wealth... maka aku cuba memilih gaya hidup sihat. Aku memilih untuk berbasikal. Agak sukar untuk istiqamah dalam berbasikal kerana tuntutan lain yang lebih tinggi prioritynya. Dan aku masih berbasikal secara solo. Tapi aku akan cuba sedaya upaya. Beberapa teman di alam maya sudah mengajak aku untuk mengikut aktiviti mereka secara berkumpulan, tapi masih belum mampu untuk aku bergabung dengan mereka kerana faktor masa yang tidak sesuai. Terima kasih pak adib ( http://bikex.vox.com ) kerana sudi untuk menjemput aku untuk beriadah bersama.


Sekali lagi aku bersyukur kerana lokasi aku di Putrajaya ini yang banyak kemudahan untuk berbasikal.

Rasanya lebih baik dari berjogging. Kawasan yang dapat diliputi ketika berbasikal lebih jauh jaraknya. Lebih jauh, labih banyak yang kita dapat lihat dan pelajari... dan Putrajaya memang kaya dengan khazanah alam. lebih-lebih lagi di kawasan wetland.

Berbasikal lah untuk kesihatan ...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...