Jun 30, 2009

Trip ke Perak

Changkat Jering. Itu lah destinasi aku & family sabtu lepas. Lepas solat zohor kitaorang tunggu semua ahli trip sampai, terus gerak. Memang ikut jalan dalam je, tak nak ikut highway. Boleh jimat duit tol + dapat tengok permandangan indah sepanjang perjalanan. Tapi permandangan kelabu je sebab masih berjerebu.
air sungai yang mengalir 
Sayang aku tak leh nak snap permandangan sebab aku yang drive. Sampai area Sekinchan tu menarik sikit sebab sepanjang perjalanan boleh nampak area sawah padi dan ramai orang yang berenti membeli buah tangan. Ada jagung, mangga, ubi keledek, keladi, mentarang pun ada. Sebelum sampai Lekir jalan yang dilalui seolah-olah membelah kawasan sawah yang sangat luas. Sangat cantik. Rasa macam kat kampung aku kat Kedah Darulaman Negeri Jelapang Padi yang indah, permai lagi aman dan damai.
Mandi Jangan tak mandi
Klang-K.Selangor-Setiawan- Pantai Remis-Terung-Changkat Jering. Jalan memang elok. Tak penat pun drive. Cuma sebelum sampai Pantai Remis tu jalan sempit sikit. Kalau ikut belakang lori tu lambat la sikit.

menggigil kesejukan
Sampai ke destinasi di Kampung Cheh dah dekat maghrib. Lepas maghrib keluar makan kejap kat area Changkat Jering. Lepas makan Makcik Senah(sedara berapa pupu ntah ngan mak mertua aku) ajak mandi air panas kat area tu jugak (Latitude: 4.75262, Longitude: 100.72087). Anak-anak aku + anak-anak sedara ku je la yang layan kolam air panas tu. Aku tak sempat mandi sebab dok layan mereka. Seronok betul bebudak ni layan air panas di malam hari. Kolam air panas ni terletak antara pekan Terung - Persimpangan Tol changkat Jering. Sebelum sebuah sekolah agama. Bayaran masuk pun murah je. Boleh pilih nak berendam dalam kolam terbuka atau pun kolam dalam bilik. Tapi takpe aku dah tau tempat ni, nanti bila balik kampung boleh singgah kejap, boleh hilangkan letih memandu.

Malam tu rehat cukup-cukup sebab esok nak start berendam. Sejuk betul cuaca kat situ. Makin pagi makin sejukkkkk ....

Pagi tu maksu zizah, isteri Paksu Rodi (sedara berapa pupu ntah ngan mak mertua aku) dah siapkan macam-macam sarapan. Kuah durian+pulut, bihun goreng dan Nasi + ikan perkasam yang dia buat sendiri. Memang sedap ikan perkasam yang dia buat. Rupa-rupanya memang terkenal ikan perkasam tu di kawasan ni dan kawasan sekitar. Ikan perkasam ni berbza sikit dari ikan perkasam dari kedah. Perkasam kedah berwarna coklat gelap dan beras yang diguna untuk di buat perkasam agak halus. Perkasam sini pulak warnanya coklat muda dan beras perkasamnya agak kasar. Dah nama perkasam, memnag favourite aku. bedal la macam tak cukup makan pagi tu. Semua aku bedal macam tak ingat. Jenuh la aku nak kayuh balik untuk bakar lemak yang aku dah hasilkan ni.
air sungai yang sejuk
Lepas semua dah kekenyangan, kitaorang terus ke tempat mandi kat atas bukit tu. Dekat je. Boleh sampai ngan kereta. 5 minit je. Dalam perjalanan tu meriah je ngan penduduk kampung yang naik dan turun dari dusun masing-masing. Semua berkemahiran tinggi menunggang motorsikal yang sarat dengan hasil durian. Nampak kepuasan pada wajah masing-masing. Hasil dari bukit. Rezeki yang Allah kurniakan penduduk kawasan ini sejak sekian lama. Kat kawasan ni ada didirikan chalet. tapi dah agak usang sebab sudah tidak dihuni. Kalau dulu ramai orang asing yang datang sini untuk melihat keindahan alam dan kemeriahan musim durian, tapi selepas kawasan hutan di atas bukit ini di tarah dan diteroka, semakin kurang pelancong asing yang datang.

Oleh sebab ramai budak kecik (paling kecik 1 tahun) maka kami pilih untuk mandi ditempat yang cetek je la. Tengah dok syok mandi tu abang ipar aku bawak sebijik durian yang agak besar. Tengah sejuk mandi air bukit, dapat pulak makan durian.... kejap je abis licin. Tengah sedap mandi tu hujan rahmat dah turun membasahi alam Kampung Cheh. Apa lagi bertempiaran la kami lari masuk kereta, terus balik rumah. lepas zohor siap-siap untuk bertolak pulang. sebelum pulang singgah rumah saudara mara kat kawasan tu. pukul 4 lebih baru la betul-betul bergerak pulang. Sepanjang jalan kat Pantai Remis ramai orang jual hasil laut. Nampak macam segar, tapi tak sempat nak singgah takut lewat pulak. Lagi pun dalam boot kereta aku dah penuh ....dengan durian. Sampai di Lekir, singgah kejap makan mi rebus lekir. Aku makan laksa. memang sedap. kedai kecik je. Tak sangka aku.

Sampai Klang hampir pukul 10 malam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...