Jul 31, 2009

Lupa Itu Juga Rahmat

Lupa Itu Juga Rahmat ...

Dah lama aku tak kemaskini blog ni. tambah itu ini cenggitu cenggini. Masa begitu menghantui aku dan menghambat-hambat aku. Terasa kurang cukup masa yang diberi 24 jam sehari. Begitu pun, setelah dicongak dan dikira, ditolak dan dicampur, di darab dan di bahagi, begitu amat sedikit amal kebaikan dan bekal pahala yang telah aku buat untuk di bawa ke alam yang lagi satu. Cammana ni ? .. Hmmm ... Ya Allah, ampunkanlan dosa dan kesalahan hambamu ini.

Kali ni aku nak kisahkan tentang rahmat. Banyak Rahmat Allah bagi kat kita. Tak terkira banyaknya. Tak cukup dakwat aku nak tulis. Sebab dakwat yang sedikit ni, aku tulis pun sedikit je tentang rahmat Allah iaitu ... lupa.

Lupa juga kadangkala menjadi satu rahmat, bergantung pada keadaan semasa la. Hari ni aku terrrrlupa. Dan aku rasa kelupaan aku ini seperti satu rahmat. Bila dah rahmat ni kita akan rasa tenang dan lapang. Kita rasa bersyukur. Kepala tak serabut. Betul ke ? Tapi tu la yang aku rasa.

Sikit je yang aku lupa. aku lupa bawak henpon. Sesuatu yang jarang-jarang kita lupa selain dari wallet. Sebabnya sama. Banyak benda penting kat dalam tu. Bila dah lupa bawak henpon, tiada lagi bunyi deringan yang membuatkan otak kita akan membuat spekulasi terlebuh dahulu. Siapa la yang call. Ada benda urgent ke ? Ada orang nak jemput makan kenduri ke ? Ada salesmen nak jual barang ke ? ada along nak kutip hutang ke ? Ada bank nak kasi peluang untuk tambah hutang ke ? macam-macam spekulasi dalam masa 2-3 saat sebelum kita tengok id pemanggil di skrin henpon.

Itu baru bunyi sekali. Kalau 2-3 kali bunyi dalam masa tak sampai 17 minit ?

Cuba bayangkan ... tetiba bunyi-bunyi deringan manja ringtone dari henpon anda tidak kedengaran seketika. Sunyi. Sepi. Tenang. Hati pun rasa hepi. Sekejap je la tapi cukup untu buat kita rasa tenang dan rasa jauh dari dunia sebenar. Mungkin sebab tu la orang memilih untuk bercuti di Pulau-pulau yang jauh dari orang. Sunyi je. Takde bunyi telepon sebab memang takde liputan pun. Jadi kita akan lupa sekejap hiruk pikuk dan kelam kelibutnya kehidupan di kota. Kita rasa tenang. Rahmat tu. Jangan lupa syukur dan lupa pada Allah pulak.

Terlupa dengan tak sengaja itu rahmat ... kadang-kadang. Kalau buat-buat lupa, itu mengada-ngada. Kalau dah mula jadi pelupa, kena la banyak-banyak istghfar sebab dah makin hilang nikmat dunia. Kalau tak pernah lupa ?

Dan Alhamdulillah, aku terlupa nak bawa henpon walaupun sekejap.

...

Jul 17, 2009

Hidup Bermakna, Mati Bermakna

Hidup Bermakna, Mati Bermakna...

Kali ini aku ingin berkongsi intipati khutbah jumaat tengah hari tadi yang aku dengar di Masjid Hasanah, Bangi. Mimbar hari ini mengajak kita mengabil iktibar dari kisah seorang sahabat Nabi yang begitu komited dengan Islam. Agama yang baru dianutinya.

Beliau adalah Saad bin Muaz.

Kematian Saad bukan sahaja di tangisi oleh para sahabat dan Rasulullah, tetapi juga para malaikat di langit dan di bumi. Rasulullah berkata bahawa di saat kematian Saad, bergegar Arasy Allah dan menangis para malaikat di langit dan di bumi.

Saad memeluk Islam ketika berusia 31 tahun dan shahid ketika berusia 37 tahun. Hanya 6 tahun beliau hidup sebagai seorang Islam. Selama 6 tahun hidupnya itu beliau mengabdikan diri sepenuhnya kepada Islam. Kematian Saad di tangisi oleh para sahabat. Semasa para sahabat mengusung jenazah Saad untuk di kebumikan, mereka berasa hairan dan berbisik-bisik sesama mereka. Perkara ini di ketahui oleh Rasulullah S.A.W lalu beliau berkata kepada mereka .. " Aku tahu apa yang kamu bisikkan dan aku tahu jawapannya akan kemusykilan kamu itu.. ". Rupa-rupanya para sahabat berasa hairan kerana jenazah Saad bin Muaz sangat ringan umpama kapas. Berkatalah Rasulullah, sebenarnya jenazah Saad turut diangkat oleh para malaikat.

Fizikal Saad yang sangat hitam menyebabkan lamarannya sering ditolak sehinggalah Rasulullah sendiri yang menjamin untuk peminangannya. Oleh kerana Saad tidak mempunyai wang pada ketika itu, Rasululullah mengarahkan beliau agar meminta dari Abu Bakar, Usman dan Ali. Semasa beliau ingin membeli kelengkapan untuk berkahwin, terdengarlah panggilan untuk berjihad. Tanpa menunggu, Saad telah menggunakan wang tersebut untuk membeli kelengkapan perang dan pergi berperang bersama para sahabat yang lain. Dan dengan takdir Allah, beliau telah syahid dalam peperangan tersebut.

Mulianya Sahabat Rasulullah ini. Beliau mendapat kemuliaan Allah di saat kematiannya. Adalah menjadi kutamaan beliau untuk menyahut seruan Allah dari kehendak dunia. Hebatnya sahabat Rasulullah.

Bagaimana pula saat kematian kita di kemudian hari ...

Jul 15, 2009

Wahai Insan ..

Idea ?

Hari ni takde apa-apa idea. Satu habuk idea pun tak masuk kepala otak aku, mana la depa pi malam ni. Apa nak tulis kalau takde idea... merapu ? tazkirah ? cerpen ? ...

So malam ni aku bagi tazkirah pendek .

Wahai insan hamba Allah yang telah dilantik sebagai khalifah di muka bumi yang bertuah ini...

Sedarlah. Setiap sesuatu perbuatan akan di balas. Yang baik dengan balasan baik, Yang jahat memang mendapat la. Ada yang Allah simpan balasan untuk insan bergelar hamba Allah khalifah di muka bumi ini tatkala di dunia lagi. Dapat cash. Ada juga yang masih alpa kerana tiada balasan. Mereka alpa dan lalai tanpa mereka sedari balasan yang mananti di akhirat.

Wahai insan ...

Ingatlah, jangan menunding jari menunjuk kesalahan pada orang lain kerana 1 jari yang di tuding, 4 jari yang lain menuding pada diri sendiri (cuba la tuding jari pada objek berhampiran - kucing ke, lembu ke, meja ke, pampers anak ke).

Wahai insan yang lalai dan mudah lupa (bukan melayu saja mudah lupa)...

Tahukah kamu yang hidup ini ibarat bola ? Hari ini di atas, esok pun mungkin kat atas lagi, lusa pun kat atas lagi hingga kita lupa yang mungkin tahun depan kita akan ke bawah dan tidak tahu sampai bila kita dibawah. Entah-entah terus di bawah sampai dibawa ke bawah bumi (arwah dah le tu).

Wahai insan ...

Janganlah pandang hina akan orang lain kerana merasa dirimu mulia (kes berlagak hensem). Jangan mencebek perbuatan orang lain dan mengutuk akan insan yang lain sekalipun didalam hati, kerana Allah maha besar. Suatau hari nanti perkara yang buruk itu juga yang akan kita lakukan tanpa kita sedari.

Insaflah wahai insan...

Hidup di dunia yang singkat ini, pergunakanlah untuk menambah saham akhirat. Istiqamah dan ikhlaskan dalam menjaga amal yang sangat sedikit. InsyaAllah akan beroleh kejayaan dunia dan akhirat.

Alhamdulilalh... aku bersyukur dapat hidup di muka bumi ini. Semoga aku tidak menjadi melayu yang mudah lupa akan janji-janji Allah. InsyaAllah

Jul 14, 2009

Suatu Pengajaran

Suatu Pengajaran...

Dah setahun aku tinggalkan APMM. Sebuah agensi penguatkuasaan yang unggul di perairan negara. Banyak benda aku belajar di situ. Tetiba aku teringat pada satu blog bergambar yang selalu aku ikuti perkembangan suatu ketika dulu. Seorang kenalan yang banyak pengalaman, gaya penulisan yang mengambarkan betapa beliau seorang yang berani bersuara, banyak membaca dan sangat dedikasi dengan hobinya ... menembak ...dengan kameranya.

Melalui photopagesnya (ouled kenitra) aku terbaca sebuah kisah hitam putih sepotong kehidupan, apa itu kecekalan tentang erti kesyukuran dan hebatnya ketabahan insan bergelar doktor ... Dengan izin empunya photopages, aku paparkan coretan doktor ini yang tidak aku kenal siapa dirinya. Nikmatilah ..

" ...

salam
syukron atas sokongan dan nasihat...
susah nak cakap...sy baru 8bulan bertugas sbg peg perubatan... dah byk air mata ni tumpah...
terus trg sy katakan , esp pada adik2 yg tgh amek medic, tugas ni sgt besar...
jgn ingat nak jd doctor tu semata2 nak glamer, byk duit, org hormat...
tak seindah yg org bygkan....
klo niat tak betulkan dari awal...susah nak bertahan..
kita pegang amanah, kadang2 kepentingan diri sendiri mmg perlu byk dikorbankan. .
saat org lain nyenyak tidur, kita bercekang mata smp subuh sbb rawat org
saat org bangun tahajjud, kita masih lg belum tidur, masih sibuk amek darah, clerk case
saat org lunch, kita terkial2 buat kerja, breakfast, lunch semuanya disatukan waktu dinner..
belum lagi kena marah dgn pakar, doc senior, sister, s/nurse
terkulat2 menelan malu...
kdg pesakit hargai kita, tapi ada juga yg marah2 kat kita...
tu pun kita telan...akhirnya kenyang walaupun tak sempat makan...

saat paling sedih dalam diari sy sbg doktor...saat asyraf pergi mengadap Ilahi dan sy masih sibuk di hospital merawat bayi org...
asyraf, anak sedara sy, lahir dg masalah patent ductus arteriosus + transposition of great arteries.
saat asyraf lahir smp dioperate kat IJN, sy masih sibuk di NICU jaga baby org.
smp asyraf nazak di IJN , sy masih oncall tak dpt cuti...
sy jaga dan rawat bayi org, tapi darah daging sy pun sy tak sempat tengok...
sy datang oncall haritu dgn mata bengkak dan tak henti2 menangis...bila tgk baby org, sy teringat asyraf tgh nazak..
akhirnya asyraf kembali ke rahmatullah tanpa sempat berjumpa dgn makngah dia...

sy redha pemergian asyraf dlm keadaan suci tanpa dosa...
selamat jalan asyraf, semoga kita bertemu di syurga amin...

kdg org tak tau derita kita....betapa byk air mata yg tumpah...
org hnya tau menilai luaran dan hnya tau komplen...
'doc baca paper masa pesakit tungu lama'
'doc tak tau diagnose' dll
walaupun sy tak nafikan , ada jg doctor yg attitude problem
tapi masih byk doc yg amanah, yg korbankan diri dan masanya
jd jgnlah krn nila setitik, semua doc dianggap spt tu

sy pernah jaga wad ibu bersalin...
masa tu sy oncall
dtg keja lps subuh pukul 6 lebih, sempat minum susu segelas ja...
sy handle 4 ward sorang2
smp pukul 7.30malam, baru jumpa nasi...
smp lembik dan gastric
smp nak solat pun terkejar2..
pastu dtg doc pakar , kena maki lagi...(bukan marah, tapi maki) depan pesakit lagi...
air mata ni nak tumpah, tapi sy tahan...taknak nangis dpn doc tu...
sy masih bertahan...tak tidur smp pagi, besok pagi kena marah lg...kesian. ..

apa yg sy hadapi ni , ramai doc yg mnghadapinya esp doc baru. kawan2 sy dh ramai yg minta berhenti sbb tak tahan.
ada yg under psychiatric treatment sbb stress
dulu sblm kerja, sy heran knp ada doc stress smp nak bunuh diri..
bila dah keja baru sy tau betapa stesssssnya! !!

sy hanya minta kekuatan dr Allah
berilah sy pertolongan dan kemudahan dlm melaksanakan amanah ni

sy nak amek medic bukan mudah
dulu sy kelas agama kat kisas
cita2 sy tinggi walaupun sy tak pandai mcm kwn2 lain
ms di kelas 4agama vok 8, sy pinjam buku kwn dr kelas sains
sy belajar sendiri kimia dan biologi
tak sangka dapat tukar masuk kelas sains

masa kat matrix UIA, tak dpt amek medic, sy amek biosc
permohonan medic mesir tak lulus
sy lanjut degree biomedic di uia gombak
ramadhan 2001, malam tu lps solat istikhorah sy nampak jln akan amek medik tapi tau kat mane dan mcammana
rupa2nya Allah dah aturkan jln untuk sy...

berkenalan dg seorg pakar jantung scra tak sengaja
dia bantu sy amek exam di kedutaan indonesia
klo tak silap dr 2000 org yg amek exam, hnya 500yg lulus
alhamdulillah sy lulus
tapi tak dapat biasiswa mara atau JPA

hampir2 sy tak ke indo sbb takde duit
masa tu sy dh berhenti UIA sbb takdapat attend kelas sbb sy keluar dari satu pejabat ke satu pejabat, ke Angkatan tentera malaysia cari sponsor..tapi hampa..
abah buat pinjaman bank, tapi tak lulus
abah keja syif kat hospital (junior MA)
smp tak blik rumah sbb nak kumpul duit hantar sy sambung belajar
walaupun abah tau dalam masa 1minggu tak kan mampu nak kumpul RM20ribu untuk yuran admission sy.


hampir2 abah putus asa
tapi sy yakinkan abah, klo tak dapat amek medic, sy akan smbung form 6.sy takkan berhenti belajar.
masa tu sy byk sgt masalah...dah jatuh ditimpa tgga
sy hanya tawakkal dan pasrah pada Allah..

alhamdulillah bbrp hari sebelum tarikh tiket bergkat, rayuan abah ke bank rakyat diluluskan. bank rakyat buat meeting bincang kes rayuan sy. diluluskan dana pendidikan khusus...segala puji bg Allah...

duit yuran 1semester kat uia gombak, sahabat-sahabat UIA buat kutipan dan bantu sy. jazakumullahukhaira nkatsiira

duit tiket mak kawan yg bayar
bbrp bulan sy menumpang dirumah senior
duit sewa doktor tu tolong byr
byk sy hutang dia
dia kata tak apa, yg penting sy jadi doktor untuk ummat ni, dia sanngup tolong sy.

1tahun pertama, kehidupan sy di makassar sgt mnyedihkan
sbb nak jimat dan taknak susahkan abah umi, sy ikat perut
kakak dan adik2 sy masih belajar dan pakai byk duit
sy tak smp hati minta duit kat abah
sy jln kaki ke kampus...jauh juga
sy beli nasi goreng, sebungkus RM 1.50 (3000rupiah)
nasi tu sy bagi dua (1 bagian untuk makan tghari, satu bgian untuk makan mlm)
kdg nasi tu dah basi, tapi sy telan juga... anda pernah makan nasi basi? sya pernah byk kali...alhamdulilla h berkat ....perut sy tak sakit lps mkn nasi basi tu...

pernah duit dlm tgn tgl 6000rupiah (RM 3) nak bertahan 1 minggu dgn 3ringgit macamana?
abah tak dapat gaji lagi..
alhamdulillah tiba2 mak kawan sy kirim duit zakat
dapatla sy bertahan smp abah dpt gaji...
pernah juga ustazah muntamah buat collection dari cikgu2 KISAS dan kirim duit pada sy
terima kasih cikgu... semoga Allah membalasnya dgn kebaikan yg banyak...amin. .

alhamdulillah, setelah keluar result tahun pertama sy dapat 3pointer lebih
MARA dan JPA tawarkan biasiswa
sy pilih mara.
sejak tu beban abah dah berkurang
alhamdulillah. . .dapat sy bertahan smp selesai ijazah sarjana muda perubatan

setelah susah pyh yg sy lalui untuk belajar medic, tak mungkin semudah tu sy nak berhenti...

bila penat, pesakit ramai, tak cukup tidur...sy cb bisikan dlm hati...aku buat kerja krn Allah
aku stay up attend new case krn Allah
hati ni terasa lapang
kerja terasa dimudahkan
bila stress, terasa nak marah
apalagi dgn karenah nurse dan pesakit
tapi tak smp hati nak marah sbb sy pun tak suka dimarah,
sy faham perasaan org yg kena marah
jadi amarah tu disimpan dlm2, sy lempar senyuman (walaupun senyuman tak semanis biasanya sbb tgh stress)
klo oncall...
walaupun tak tidur sampai subuh, alhamdulillah sy masih boleh bercekang mata sambung kerja smp petang
walaupun terasa nak rebah masa buat round dg pakar
cuma sy harap , Allah beri sy kesihatan agar sy boleh terus merawat pesakit...

apa yg terjadi pada sy sepnjang bekerja, jg dialami oleh semua doktor esp doc baru
jadi klo anda baca yg emel ni, ke hospital untuk mendapatkan khidmat doktor, smg anda faham apa yg kami alami dan cuba mngerti keadaan kami...

kami tak minta dihormati tapi hargailah kami yg cb mambantu anda
bersabarlah klo lambat dilayani, krn kemampuan kami terbatas.

kami tau anda yg dtg ke hospital untuk dibantu sedang sakit..
apabila anda bersabar, kami jg dgn senang hati membantu anda

berapa byk doktor wanita yg sy kenal tak berumahtgga
bila ditanya kenapa? ada yg menjawab krn tidak mampu membahagi masa antara kerja dan tgjwb rmhtgga
bukan sbb dia terlalu mementingkan kerjaya
disaat dia harus memilih antara keluarga dan kerja dan dia tidak mampu handle kedua2nya, jdi dia memilih kepentingan pesakit yg memerlukan khidmatnya
dan akhirnya dia tak berumahtgga

tapi tak semua...ada juga berjaya mgharungi kedua2 dgn saksama

baru2 ni kawan sy, dia dh kawen ada 2 anak kecil. kerja kerja kat ward byk, kami semua blik lambat sampai malam baru balik rumah. suami dia ustaz. kesian dia kena marah dgn suami sbb lambat blik. padahal dia lambat sbb keja kat ward byk. sy bersimpati walaupun tak mngalami apa yg dia alami. bahkan sy salut sbb dia mmpu bertahan untuk mengharungi 2 tgjwb besar dlm masa yg sma.

jadi dah jelas, kerjaya ni tak seindah yg org sangka...
awas...klo niat tak betul, mgkin tak kan dpt bertahan...

anda tahu, brp doktor dibayar sekali oncall?
klo weekdays, bermula oncall setelah habis office hour (dari jam 5 ptg smp 7pgi besok), total 15jam, anda hanya dibayar RM100 shj.
klo weekend, start oncall jam 7am to 7am besok pagi (total 24jam) doktor hnya dibayar RM110 shj.

walaupun org kata gaji doktor besar, kami tak rasa begitu sbb teruknya belajar dan teruknya stress kerja tak dapat disama hargakan dgn harga sebuah ketenangan..
tapi rata2 doktor, apalagi doctor baru spt sy dan kawan2 sy, kami tak kisah sgt psal byran.. kita nak bertugas sbg doktor bukan kerana brp byk gaji yg dibayar...

kami dah dibiasakan kerja under stress
hari oncall ( tak cukup tidur atau bahkan tak tidur lgsung smp pagi), besok postcall tapi kena sambung kerja smp balik petang @malam, besoknya oncall lagi....
tu namanya EOD call.

maaflah berceloteh panjang..
sy hanya nak melepas apa yg terbuku dlm hati
krn skrg byk sgt persepsi masyarakat yg kurg tepat ttg kerjaya ni
hanya org yg berada didlm ligkungan itu yg tahu persis keadaan sbnrnya

jujur ...sy tak menyesal memilih jln ni...
sy rasa sy tak mampu, tapi Allah tau kemampuan kita
sy rasa sy tak kuat, tapi alhamdulillah Allah mnguatkan sy...

doktor tak minta anda mengucapkan terima kasih krn ini mmg tgjwb kami
kepuasan bg sy apabila pesakit yg menderita dapat rawatan sempurna dan pulang dgn senyuman.. kesembuhan anda bukan ditangan kami
kami hanya membantu mngurangkan penderitaan anda
tapi Allahlah yg Maha berkuasa menyembuhkan. ..

doakan sy diberi keikhlasan dlm menjalankan amanah
dan dimudahkan urusan dlm ilmu
dan semuanya untuk ummat ISLAM
semata2 krn Allah taala...

selamat berjuang..

... "

Jul 13, 2009

Taman Saujana Hijau, Presint 11, Putrajaya

Taman Saujana Hijau, Presint 11, Putrajaya.






Hari Sabtu tu aku tak jadi buat kayuhan mendaki Taman Saujana Hijau. Hari Ahad tu aku realisasi kan impian dan azam aku tu. Target aku nak kayuh sampai puncak lagi satu tu.

Pepagi sarapan 1 sudu madu + 2 biji tamar + 1 gelas air ECPI. Aku bawak bekal 4 biji tamar + air 100+ campur air tapis (dari water filter).

Kayuhan bermula. Start dari Presint 11K kayuhan mendaki. Sampai ke Apartment Presint 11 B masih lagi mendaki. Sampai ke Lebuh Sentosa, masuk kiri menghala ke Balai Polis Presint 11. Uuuu mak aiii .. sayup je aku tengok ... kan main tinggi + jauh pulak tu. Kayuh tetap kayuh. Drops gear... sampai gear 1-1 je. tu pun makin lama makin berat ... pulun jugak sampai la atas. abis nafas aku ... kayuh slow-slow sambil mkn sebijik tamar. Lepas tu kiri menghala ke kawasan tangki air. Kat situ la Taman Saujana Hijau ni ( Latitude: 2.96468 Longitude: 101.67755 ). Sayang GPS aku tak support untuk mengukur ketinggian. Tapi dari maklumat yang aku dapat dari google earth, ketinggian puncak bukit tu dalam sekitar 106 meter sahaja. Tempat ni aku rasa trek untuk jogging, sebab ada papan tanda orang jogging je, takde papan tanda basikal pun... tapi aku belasah kayuh basikal jugak.


Sebelum ni aku dah sampai ke salah satu puncak. kali ni targer nak sampai ke puncak yang lagi satu yang lagi tinggi. Bahaya jugak bila time downhill sebab corner tajam la jugak. jenuh aku main brek. Sampai kat atas sekali memang best. Puas hati aku sebab :


  1. Permandangan indah waktu pagi
  2. Cuaca nyaman dan angin sejuk ...syahdu je
  3. Sunyi je sebab aku sorang je kat atas tu
  4. Dapat tengok keliling putrajaya (yang cover area tu la)
Lepas dah dapat cukup oksigen, mula la downhill. Gayat jugak, tapi belasah.



Lepas tu terus balik ikut jalan Presint 11D, 11F ( masih dalam pembinaan). Jalan ni turun bukit. Kelajuan maksimum sampai cecah 44KM/J .Memang cantik rumah-rumah kat sini. Tak tau la untuk di jual atau kuarters. Lepas tu sampai ke pusat komuniti Presint 11. Lepas tu kayuh naik bukit lagi dan terus turun bukit sampai la rumah.



Kesimpulan : Waalaupun dah 6 tahun aku tinggal kat Putrajaya, masih banyak lagi tempat-tempat menarik yang aku belum sampai. Dengan berbasikal ni aku boleh sampai ke tempat-tempat yang memang kereta, motor, lori, kapal terbang, dan lain-lain kenderaan berenjin tak boleh masuk. Itu yang best. Baru la rasa tak sia-sia tinggal kat sini.




Aku akan terus meneroka ....


Jul 11, 2009

Wetland ride again



Wetland ride again ...

Petang ni aku berjaya sampai ke wetland lagi. Memula tu aku plan nak ikut trek biasa pas tu nak pegi daki Taman Saujana Hijau kat situ ada 2 bukit yang dah diubahsuai menjadi trek jogging. Memang cantik trek ni, tapi macam nak putus urat kentut mendaki. aku dah berjaya sampai ke satu puncak bukit tu. Ingat petang nk nak explore bukit lagi satu yang lagi tinggi, tapi aku cancel last minit sebab awal lagi, so aku putuskan nak pegi Wetland. Kali ni aku bawak buah tamar lagi sebagai penambah tenaga.

Cuaca petang ni agak panas. Tengah dok kayuh tu kat tepi tan tu nampak macam satu offroad trek. tapi sorang2 ni tak berani la aku nak reccee kawasan yang aku tak penah pegi. Kali ni aku rasa kayuhan agak bertenaga mungkin sebab aku ikut nasihat Ken Kifer kat website http://www.kenkifer.com/bikepages/index.htm . Beliau menyarankan agar meninggikan seat. Satu lagi cara tujahan pedal dan cara meletak kaki pada pedal. Memang rasa ringan sikit dan boleh pegi jauh.

Lepas 15 minit makan satu tamar. Terus bertenaga semula. Pas tu sampai wetland aku masuk offroad. Nampaknya awal lagi. baru 6.30 petang, aku pusing kawasan yang aku tak penah pegi. Sampai kat kawasan yang hujung sekali ( Latitude: 2.96383, Longitude: 101.68693 )punya la meriah. Ramai betul warga wetland kat sini. Tapi bukan orang la, monyet. monyet ke kera ? tapi spesis tu la. Boleh tahan la ramai. sampai ke trek tu depa lepak-lepak sambil borak-borang kosong. bergossip agaknya. Bila aku dah dekat mengelupur depa lari naik pokok, pas tu dok usha aku dari atas pokok. Aku kayuh depan lagi ada lagi segerombolan monyet, mungkin dari puak yang lain. Tak sempat aku nak snap gambar depa dah bertempiaran lari sembunyi atas pokok. Sampai situ, baru aku patah balik.

Nampaknya kawasan paya wetland ni sedang dibaik pulih la kot sebab aku tengok air kering dan banyak buldozer dok buat kerja. Lepas tu ada kawasn kat sebelah atas tu macam depa nak buat lagi kawasan taman. Bagus... bagus. dekat je ngan kawasan rumah aku. Boleh aku teroka lepas ni.

Sampai kat kawasan tasik tu banyak burung undan dok lepak sambil borak-borak kosong jugak, kali ni aku sempat la ambik gambar. Permandangan senja di wetland. Subhanallah.Memang indah bumi Putrajaya yang bertuah ini.

Aku sampai rumah dah pukul 7 lebih.

Jul 6, 2009

The Seven Most Common Mistakes Made by Newbie Cyclists

The Seven Most Common Mistakes Made by Newbie Cyclists

1: Seat Too Low

2: Feet Improperly on Pedals

3: Using the Wrong Gear

4: Not Stopping for a Stop Sign

5: Riding in the Wrong Lane

6: Not Using Headlights and Taillights at Night

7: Not Listening

Articles write by Ken Kifer

<<< click here for more details >>>

PD oh PD ...

PD oh PD ...

Nampaknya, aku tak jadi kayuh sebab nampak mendung macam nak ujan, tapi mendungggggg jer terus menerus. Memang tak panas pun. Lepas tu wife ajak pegi PD.Dah lama aku tak pegi PD dan mandi laut. OK gak tu, boleh la bawak rendam bebudak ni dalam air laut. Badan diorang pun berbekas lagi sebab kena chicken pox bulan lepas. Siap-siap barang sikit, terus roda golek. Aku belasah ikut jalan dalam je, tu pun sebab ada GPS.

Menarik gak ikut jalan dalam, sepanjang jalan banyak benda boleh tengok. Ramai betul orang jual buah sepanjang jalan. Cempedak, durian, rambutan, manggis, dll. Daragon fruit pun bersepah-sepah. Lokan pun ada orang jual. Tu dalam perjalanan pegi la, time balik semua tu dah abis. Tinggal dragon fruit je, belasah je la. Dalam fikiran aku dok nampak blended dragon fruit tu. memang sedap. Nyum.. nyummm ...

Ramai jugak orang kt P.D ni. Kena cari port yang baik ni. Cari punya cari, tempat yang agak sesuai kat blue lagoon je la. Air kat tepi pantai tak bersih sangat. Berbuih je, tak tau la buih apa. Aku bawak family aku ke tengah sikit baru la nampak air jernih. Baru la boleh nampakpasir yang putih bersih tu. Air paras pinggang je, boleh la jugak bebudak ni berdiri lagi. Anak-anak aku memula takut air laut. Lepas dah lama, dah tak nak balik pulak. Air makin pasang dan dah start berombak tu yang depa seronok tu. Mujur la ujan, baru la depa nak naik.

Kemudahan tempat ni sedang upgrade, so tandas dan tempat bersalin pakaian belum siap lagi. Ada la paip air kat sebelah stall yang sedang di bina tu. Ingatkan free, ada la sorang pakcik ni yang kenakan caj. 5 orang kami dia caj RM2. Belasah je la. aku rasa pakcik ni mesti banyak dapat collection sebelum tempat ni siap sepenuhnya.

Sepanjang pemerhatian aku, pantai ni dah semakin kotor. Banyak sampah sarap. Semua ni sikap pengunjung tempat ni jugak la yang suka buang sampah. Lepas tu kemudahan tong sampah pun kurang. Cuba la bayangkan engah dok syok mandi tu nampak satu benda terapung. Ingatkan obor-obor yang Sponge Bob suka sauk tu, rupa-rupanya lampin pakai buang bayi. Sapa punya mak bapak bayi tu punya kerja la agaknya. Kurang asem betul.

Letih jugak mandi laut ni. Tapi puas. Hati sendiri puas, hati anak-anak pun puas. Puas hati kami dapat mandi laut.

Jul 4, 2009

We don't run, we dont walk but we cycle



We don't run, we dont walk but we cycle..

Alhamdulillah... setelah hampir 2 minggu tak kayuh, pagi tadi aku berjaya habiskan 28 KM. memula tu rasa malas jugak, tapi mujur la azam pagi tadi kuat sikit, kalau tak memang aku sambung tido la.

Mengelilingi tasik Putrajaya di waktu pagi dengan permandangan yang ... MasyaAllah. Sangat Indah. Nyaman dan sunyi. Track pun cantik dan tak banyak mendaki. Itu yang seronok sebab kurang rasa penat. Sebelum ni laluan yang aku ikut memang banyak mendaki. Penat dan betul-betul menguji stamina.

Persediaan aku pagi tadi, isi air (100+ campur air mineral) dan kali ni aku bawa beberapa biji buah tamar sebagai penambah tenaga. Lepas roda golek dari rumah, singgah stesen minyak... bukan nak isi minyak, tapi nak isi angin basikal. Sebelum ni aku lalu ikut on road + off road, so tekanan angin biar kurang sikit supaya selesa. Tak bergegar sangat bila off road. Kali ni memang fully on road + track yang ok, so tekanan biar lebih sikit, takde la berat macam ada 'benda' yang tumpang sekaki waktu berkayuh tu. Lepas isi minyak, alas perut sikit dengan roti krim. Ok la tak heavy sangat.

Lepas je jambatan Seri Saujana aku nampak ramai orang jogging. Lepas tu makin lama makin ramai. makin ramai ..makin meriah ... apahal la pulak jogging reramai ni. Lelaki , perumpuan, orang 'lama', bebudak pun boleh tahan ramai. Siap polis lagi kawal lalu lintas. Rupa-rupanya pagi tu ada aktiviti larian antidadah, anjuran Agensi Anti Dadah. Patut la. ingatkan sesaja pakat-pakat jogging reramai macam Putrajaya Critical Mass. Tapi bebudak yang ikut larian ni main redah je berlari, tak tengok kiri kana dah padahal masih ada kenderaan yang lalu jalan tu termasuk la aku dan kenderaan aku (Black Maria). Bahaya betul bebudak ni.

Sampai kat area tepi tasik bersebelahan Dataran Gemilang dah terasa makin panas. Panas pagi takde ada vitamin D .. kot. Koordinat (2.90535 , 1.67643) aku pasang lagu-lagu sebagai halwa telinga. Layan nasyid je la. Lepas tu aku pasang Ceramah Ustaz Dato'Shamsuri Ahmad tentang tafsir kitab Nurul Ihsan.

Lepas tu aku dah sampai area Presint 18. Rumah rumah kat sini memang cantik. Apa taknya, belakang rumah permandangan tasik. jarak dari rumah ke tasik tu tak sampai 50 meter pun. Bertuah penghuni-penghuni rumah kawasan ni. Siap kawasan untuk berekreasi lagi.
Sambil layan ceramah tu aku dah sampai kawasan Taman Wawasan. Cantik. ada kawasan kolam dan air terjun buatan. Dalam kolam tu penuh bunga teratai yang berwarna warni. Memang cantik.

Dah mula rasa penat, aku makan sebiji tamar. Alhamdulillah, rasa bertenaga semula. Sungguh hebat khasiat buah tamar. Tak payah berenti rehat pun. Sambil kayuh pun boleh makan buah tamar. Lepas tu minum air yang aku bawa.

Lepas tu dah sampai bawah jambatan Putra. Kat bawah jambatan ni la feri, sampan dan bot yang membawa pelancong mengelilingi tasik di parking. Ooo kat sini rupanya tempat parking korang. Lepas tu sampai area Banggunan Putrajaya Holding. Lepas tu ... aku kena angkat basikal sebab track dah takde. ada tangga je. Hampeh betul. Mujur tak tinggi sangat. Samung kayuh lagi dan lalu bawah Jambatan Seri Wawasan. Lepas tu jumpa Milenium Tower . Macam roket berwarna kuning. Bila Malam tower ni transform jadi rumah api. Kayuh lagi au dah sampai kawasan Masjid besi yang sedang rancak dibina. Cantik masjid ni. Besar, Moden, senibina yang sungguh hebat. Betul-betul tepi tasik. Aku rasa 3 kali ganda besar dari Masjid Putra. Tapi tetiba keluar satu tanda tanya yang besar kat atas kepala aku. ??? . Kenapa Masjid yang hebat ini di bina dikawasan pejabat yang tiada kediaman. Macammana nak kenalpasti kariah masjid ni. Orang datang pejabat pagi petang dah balik rumah. Tapi aku yakin jawapannya mungkin ada, tapi bukan pada aku. Mungkin pada pihak yang bertanggung jawab nak bina masjid sebesar dan sehebat ini.

Kemudian aku dah sampai kat bawah Jambatan Seri Saujana. Kayuh lagi aku dah sampai di koordinat tadi. (2.90535 , 1.67643). Ceramah tak abis lagi, so aku decide nak buat satu pusingan lagi. Makan buah tamar lagi, tenaga pun refresh balik. Kali ni kayuhan aku lebih laju dan konsisten. sepanjang kayuhan pagi ni ada juga aku jumpa beberapa orang yang sama hobi macam aku. Berbasikal Mountain Bike. Tapi mereka semua berlainan arah dengan aku. Semasa berselisih aku lemparkan senyuman sebagai tanda kita adalah ahli kelab yang sama. Seperti tema di blog Pak Adib. ... " We don't run, we dont walk but we cycle .. " ... Sorry Pak Adib tak dapat join group you ke Broga. Ada hal lain pagi ni.

Cuaca makin panas. Lepas je Jambatan Seri Wawasan sekali lagi aku decide untuk berkayuh balik. Sampai rumah aku tengok mileage dah 28 KM. Ok la tu dah lebih sikit. target aku 20 Km je pagi ni, walaupun aku bercadang untu terus berkayuh sampai wetland baru terus balik rumah. Tapi panas semacam. Bekalan air pun dah abis.

So, pagi esok, kalau azam aku kuat, aku akan berkayuh lagi pusing tasik tu lagi. InsyaAllah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...