Mar 31, 2010

Kayuhan Malam @ Putrajaya

Malam ni sekali lagi aku buat kayuhan solo. Mula-mula tu rasa macam malas sikit (memang selalu macam tu pun). Lawan sikit rasa malas tu, aku pun siap apa yang patut. Apa yang patut tu ? Kalau nak buat kayuhan malam kena la pakai baju yang terang sikit, kena ada lampu depan dan belakang, pastikan pakai helmet, bekalan air yang mencukupi dan aku selalu bawak bekalan kurma sebagai pembekal tenaga. Yang aku belum ada baju yang ada pemantul cahaya dan peralatan untuk tayar pancit.Peralatan ni mungkin nak kena survey kat kedai Sam di Seri Serdang. Baju pemantul cahaya dah survey kat Tesco. Mungkin kena dapatkan satu sebab aku selalu buat kayuhan solo waktu malam ni.

Aku rasa kayuhan dah makin baik dan stabil. Mungkin sebab dah makin biasa. Malam ni cuaca agak sejuk dan angin sepoi-sepoi bahasa. Cuaca yang agak sedap untuk buat kayuhan. Sebelum start tadi aku check tekanan angin, macam kurang. Sampai kat Petronas Presint 11 singgah isi angin dulu. Aku isi 310 KPA. Lepas tu tinggikan seat sikit, baru rasa ringan sikit mengayuh tu. Sampai kat simpang nak ke Kediaman Rasmi PM (Kompleks Seri Perdana) aku rasa masih lagi steady. Waktu first ride ikut route ni dulu, sampai sini aku dah mencungap. Terpaksa berenti jap untuk minum air. Lepas je sini terus downhill sampai la ke Puspanitapuri. Memang aku pulun abis, sebab turun bukit yang agak jauh. Dapat la Max speed 49 KMH.

Lepas tu belok kiri naik Jambatan Seri Perdana. Naik bukit sikit sampai la ke Persiaran Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. Aku tengok kat Garmin (teman setia kayuhan aku) baru 6km. Aku pastikan setiap 6KM aku akan makan kurma 1 biji. Pusing jalan persiaran tu dan masuk ke simpang nak ke parcel B dan terus menghala ke Dataran Putra. Apsal la Dataran ni gelap malam ni? Lampu terpasang 1/4 je. Takkan buat Earth Hour lagi kot ? Waktu Earth Hour malam tu aku tengok terang benderang je, cuma Banggunan Perdana Putra je yang gelap.

Aku terus menyeberangi Jambatan Putra dan melalui Persiaran Perdana. Hmm ... mana la riders-riders yang lain malam ni agaknya ? Kat depan Palace of Justice pun tak ramai orang. Kalau tak penuh orang beraktiviti kat situ. Mungkin sebab cuaca yang nampak macam nak hujan kot.

Aku target malam ni nak buat kayuhan tanpa henti (walaupun tadi berenti kejap sebab nak isi angin tayar). Masih steady lagi sampai ke Dataran Gemilang.  Sebelahnya kerja-kerja meyiapkan banggunan tetap berjalan walaupun malam hari. Kawasan ni gelap betul. Lepas tu naik ke Jambatan Seri Gemilang, kena mendaki sikit. kat sini aku nampak beberapa orang riders. Semua roadies. Tapi aku rasa macam kenal 2-3 orang dari group nih. Sampai kat simpang 3 Lebuh Gemilang berhampiran PICC aku buat U Turn an cuba kejar group riders  tadi. Sampai kat atas jambatan tu aku dah penat gila, minum air sambil kayuh slow-slow. Rasa hujan dah start turun, tapi kejap je.  Lepas tu sorang riders potong aku naik T-bolt. Dia senyum dan angkat tangan. Aku rasa macam kenal. Dah puas minum aku cuba kejar. Kat depan tu ada member dia tengah tunggu. Rupanya Razi yang naik T-Bolt, dan member dia yang tunggu tu Pak Muhaimy. Aku kenal mereka ni waktu sama-sama ride pusing Wetland. Waktu tu first time aku jumpa Pak Adib dan geng-gengnya nih.

Aku join la group nih. Sambil kayuh sambil sembang ngan Pak Muhaimy. Dia steady je kayuh. Pakai Road bike. Aku jenuh jugak la nak bersaing ngan dia. Mencungap jugak. Sampai kat depan sikit baru nampak Aliff, pun naik road jugak. Aku kayuh ngan group ni sampai ke Dataran Putra. Depa stop kat sini, aku terus kayuh balik. Ada 5km lagi nak sampai rumah.

Masuk balik ke Persiaran Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, lepas tu masuk ke Jambatan Seri Perdana. Turun bukit kat sini aku pulun kayun macam tak ingat. dapat Max Speed 49KMH je. Aku lupa nak lock suspension fork depan supaya jadi rigid mode. Aku dah biasa kalau masuk jalan tar aku akan lock fork depan, kayuhan akan jadi lebih ringan dan laju. Bila masuk off road aku akan unlock balik untuk suspension depan tu berfungsi.

Terus kayuh lagi sampai la ke rumah dengan masa kayuhan 1 jam 10 minit sejauh 23KM. Malam ni aku puas hati. Kayuhan pertama tanpa henti. Boleh buat lagi lepas ni sebab aku rasa aku dah mampu buat.

Jom kayuh malam-malam kat Putrajaya.

Mar 28, 2010

Freeride MTB .. ada berani ?

Ada berani ka ? Aku tak berani lagi la nak buat aksi macam ni. Anda berani ?

Mar 27, 2010

My 2nd PCM

26 Mac 2010 ... PCM (Putrajaya Critical Mass) untuk bulan MAC 2010 berjalan seperti biasa. Penuh semangat setiakawan, penuh keceriaan, dan penuh dengan basikal semestinya... pelbagai jenis basikal. Ini adalah PSM yang kedua dalam hidup aku. Banyak kali aku tak dapat join PCM ni. rugi betul aku. Bagi aku, bila dah start join, boleh kena getah, ketagih, melekat, rindu, dan lain-lain lagi. 1st time join bulan lepas aku dah start rasa seronok. Kali ni punya PCM lagi la seronok. Ramai yang join. Ada yang datang dari jauh. Ada yang dari putrajaya sendiri. Berkayuh dari presint 16, presint 11, presint 9 dan berkumpul depan Palace of Justice.

Bulan lepas PCM lepas hujan. Sejuk je rasa. Bulan ni pun lepas hujan. Cuma waktu dok tunggu riders yang lain sampai, aku dah nampak kilat sabung menyabung. Issshhh ... jadi ke tak ni.. jadi ke tak nih. Kali ni aku tak kira, hujan pun hujan la nak kayuh jugak. Waktu aku sampai tu, ada 1 famili dari presint 16 dah sampai. tapi yang hampehnya aku ni dari bulan lepas sampai la lepas PCM malam adi aku lupa tanya nama depa ni. Orang utara macam aku jugak. Aku tegur brader tu ... gerek bru nampak nya .. " Sambil tersenyum dia jawab ... lepas PCM bulan lepas terus beli baru. Fuji Nevada 1.0 kat kedai Le Run di Bandar Baru Bangi. Family dia memang peramah.

Lepas tu aku nampak Maher, lepas tu ayah dia pulak Pak Adib (orang yang buatkan aku terjebak dalam dunia berbasikal untuk kesihatan. Terima kasih Pak Adib). Lepas tu makin ramai yg sampai. Sharil, Alif, Razi, Pak Muhaimy, Ghazali dan lain -lain lagi.

Lepak kejap borak ngan maher dan sharil. Mana la si Daoh Darko (Antara pengasas PCM) ni tak sampai-sampai lagi. Cammana nak start cam nih. Sharil cuba call. Lepas tu baru la nampak batang idung dia. Jem kat KL katanya. Ujan lebat tadi.

Uncle Allen Lai bagi briefing sikit tentang laluan yang akan di lalui malam tu, dan pengumuman tentang PCM bakal mencapai umur 2 tahun pada April depan. Cadangan nak buat kutipan sorang RM5 untuk buat belik kek pada bulan depan. Semua riders setuju sebulat suara termasuk aku. Abis briefing, roda golek. Uncle Allen yang lead malam tu.

Aku mula gerak. pas tu sambil kayu dok berborak ngan Maher, sampai la depan PICC dia dah dah pecut dan terus hilang. Aku join pulak ngan Pak Adib, sharil dan sorang riders baru dari Kinrara. Tak silap aku sharil jugak nama dia. Waktu aku sampai kat depan POJ dia pun baru sampai. Dia pakai helmet hitam ala-ala Darth Vader. Bila sorang riders ni tegur dia, .. "cantek helmet tu bang " ... dia jawab ... "helmet anak aku ni " . Aku ngan 2 3 orang lagi dah bantai gelak..

Lepas PICC nak masuk ke Persiaran Timur, Pak Adib ngan sharil dah perasan macam laju pulak kayuhan malam ni. Kami buat keputusan untuk tunggu sampai lepas semua riders yang lain. Last sekali Daoh sampai. Kami tunggu situ jap untuk pastikan semua riders dah lepas. Sharil call Aliff tanya kedudukan. Dia, Alfi dan riders yang lain dah kat depan. Kami pun mula gerak. 3 bijik roadies, 4 bijik MTB.

Bila sampai kat susur keluar ke Lebuh Wadi Ehsan, ada sorang riders pompuan tunggu kat situ. Tak silap aku Bola2Api (aku pun tak tau nama betul dia) Kami semua konpius nak ikut route mana satu. Samada Lebuh Wadi Ehsan atau terus ke Persiaran Timur. Akhirnya kami ikut Persiaran Timur. Belasahhhhh ....

Malam tu memang sejuk je. Sebab lepas hujan. Sama macam bulan lepas. Cuma bulan lepas Daoh bawak ikut Lebuh Wadi Ehsan. Kami pun kayuh slow-slow, sambil borak-borak.

Mana la riders yang lain-lain ni, tak nampak pun. Waktu tu dan lepas Desa Pingiran Putra. Salah route ke kami nih. Kayuh punya kayuh punya kayuh baru la nampak Maher kat depan tu. Dia cakap betul la route nih. Yang lain semua ada kat depan. Berenti jap minum air, lepas tu kayuh lagi baru la jumpa yang lain2 tengah tunggu kat tepi hiway. Aku rasa separuh je tu. Yang lagi separuh mungkin dah teruskan kayuhan. Rehat kejap kat situ. Baru aku perasan ada sorang riders kecik. Hebat budak ni. Steady je. Naik single speed pulak tu.

Sambung kayuh lagi sampai nampak Alamanda kami masuk kiri ke Lebuh Perdana Timur. Lepas tu masuk pulak ke Persiaran Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (Bulatan besar kat Putrajaya) melalui Parcel E, D dan C. Sampai situ sharil ajak aku terus ke kedai mamak double trouble je sebab kami kayuh dari rumah. Yang lain tu takpe la depa nak terus ke POJ sebab depa naik keta.

Kami lepak la sambil minum dan borak-borak. Lepas tu baru la nampak rider yang lain datang minum kat situ. Ramai jugak yang sharil ni kenal. Aku tak kenal langsung depa nih. Mungkin depa ni dah selalu kayuh sama-sama ngan dia. Sedar tak sedar dah pukul 1.30 pagi. patut la aku dh rasa mamai je ngantuk. Terus gerak balik. dia masuk ke Presint 9, aku sambung sampak presint 11.

Kesimpulannya, memang aku akan join lagi PCM yang seterusnya. Dan aku rasa stamina pun dah makin OK sebab tak terasa penat pun kali ni. Jumlah kayuhan keseluruhan malam tu 27KM. Aku puas hati. InsyaALlah bulan depan kita jumpa lagi.. dan kali ni ada KEK ... haha ...




Jom layan downhill ..

Aku musykil ... ????


Assalamualaikum ...

Sudah agak lama... bukan, sudah terlalu lama sebenarnya aku meninggalkan dunia ... maksud aku, meninggalkan dunia per'blog'an ini.

Dengan design baru hasil touch up isteri tercinta, aku cuba bangkit untuk kembali meconteng di sini. Terima kasih wahai isteriku yang kreatif.

Sebagai permulaan aku ingin mencadangkan satu laman yang meriah dengan ilmu Islam. Salah satunya adalah ruangan himpunan soal jawab kemusykilan agama yang dinamakan Tanya Ulama. Terdapat beribu-ribu soalan dan jawapan yang menyentuh kehidupan haian kita, persoalan hukum halal dan haram, persoalan yang melibatkan do's & don't dalam kehidupan kita bagi menjamin kesejahteraan dunia dan akhirat. Anda boleh membuat carian berdasarkan kemusykilan anda, dan hasilnya pelbagai koleksi soalan dan jawapan akan dihidangkan untuk anda.

Nikmatlah :


Wassalam ...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...