Apr 20, 2010

Hanya Kayuhan Malam

Buat masa ni aku hanya mampu membuat kayuhan malam. Mungkin sebab kekangan masa atau aku yang malas. Kesian Raleigh aku tu, meronta-ronta minta di bawa meronda, meneroka segenap pelusuk muka bumi ciptaan Allah S.W.T. Tapi aku belum terdaya untuk memenuhi kehendaknya. Alangkah indahnya jika aku mampu membuat kayuhan 4 kali seminggu. Tapi aku akan cuba untuk melaksanakannya. Aku tahu aku mampu.

Aku cuba untuk membaiki kualiti kayuhan. Aku berharap agar setiap kali selepas kayuhan stamina akan bertambah, berat makin berkurang, boroi makin hilang  ... Nampaknya semua ini takkan menjadi kenyataan kalau aku tak kawal nafsu makan. Berat aku masih macam tu jugak. kejap naik, kejap turun. Yang nyata, tak turun secara stabil.

Kadang-kadang bila dah lama tangan tak pegang handle bar, kaki tak tendang pedal, memang rasa malas betul nak mulakan kayuhan. Untuk naikkan semangat aku baca bebrapa blog riders yang lain untuk naikkan semangat juang.  Antaranya :

dan beberapa lagi hasil coretan riders + bloggers yang lain yang tak dapat aku senaraikan di sini.
*** senarai ini tidak mengikut urutan populariti

April ...
Setakat saat ini aku cuma mampu buat 3 kayuhan. 2 kali solo dan sekali berkumpulan. Kayuhan berkumpulan kali ni aku join kudin ngan geng2 TM. Malam tu aku jumpa ngan member se ITM dulu. Bad namanya. Aku yang ajak si Kudin ni dalam dunia MTB.  Kudin pulak racun si Bad ni sampai terjerumus dalam dunia MTB nih. Kudin makin mantap, aku pulak yang makin mandom. Dia kayuh sana sini, jauh-jauh pulak tu.  Aku dok takuk tu jugak. Takpa, aku kayuh untuk kesihatan dan stamina (Ayat memujuk diri sendiri). Tapi join geng-geng ni memang best. Semua ramah tamah. Yang slacknya aku dah tak berapa ingat nama-nama depa. Dari merata tempat depa mai hanya untuk satu tujuan. Kayuh Gerek. Ada dari kajang, Puchong. Klang pun ada. jauhhhhh tuuuuuu .... Kayuhan malam tu bermula dari Dataran Putra, tapi aku kayuh dari rumah la. Takkan nak ke Dataran Putra pun nak angkut gerek dalam kereta, buat malu orang Putrajaya la kalau aku buat macam tu. 

Kayuhan malam tu bermula dah dekat pukul 10 malam. Melalui track biasa aku, Persiaran Perdana. Laluan di tengah-tengah banggunan kerajaan. Sampai ke PICC. Jalan dah tutup, tapi dapat kowtim ngan Pengawal kat situ. Dia bagi kebenaran. Apa lagi mendaki la kami sampai ke atas PICC. Boleh tahan mencungap. Rehat kejap atas tu, kasi oksigen penuh balik dalam paru-paru, baru turun balik dengan kelajuan Maksima 50KM/H . Tu pun terpaksa brek sebab ada kereta, kalau tak mungkin lagi laju. Lepas tu masuk lebuh Gemilang dah terus ke Persiaran Timur. Sepanjang Persiaran Timur tu ramai gak riders yang berkongsi hobi dan berkongsi jalan dengan kami pada malam tu. Sama-sama berkayuh. 

Kayuhan di sepanjang Persiaran Timur lancar. Cuaca pun baik. Kayuhan di teruskan sampai ke Alamanda, masuk ke Lebuh Perdana Timur dan terus ke Persiaran Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah. Bila sampai ke Persimpangan Parcel B, aku teruskan kayuhan ke rumah dan Kudin & geng TM terus ke Dataran Putra. Kayuhan Malam tu sejauh 28KM, kelajuan purata 15KM/j, kelajuan maksimum, 50KM/j dan memakan masa 1 jam 59 minit (masa kayuhan, tak termasuk masa bersembang, masa berehat, minum air dan sebagainya). 

Aku puas hati kayuhan malam tu. geng-geng TM memang best. Depa plan nak ke Broga lepas ni.

Hujung minggu yang lepas aku telah mendapat jemputan beberapa orang sahabat untuk turut serta dalam kayuhan mereka. Itu pun aku tak dapat join sebab ada aktiviti keluarga. Apa-apa pun family is my first priority. Antara kayuhan yang terpaksa aku tolak :
1) Pak Adib >>> pusing-wetland (my favourite track)
2) MKA >>> sungai jerit , Kajang. Nak menjerit aku sebab tak dapat join. 
3) Kudin >>> Bagan Lalang katanya (dari tulisan di blognya, projek yang lebih besar dari sekadar ke Bagan Lalang. hebat hang ni Kudin.)

InsyaAllah aku akan join korang lebih kerap nanti. Aku harap.

Untuk kayuhan seterusnya aku aku cuba untuk turut memuatkan gambar sebab aku dah ada 'senapang'. Tu pun kalau aku sempat 'menembak' la. Hasilnya akan diterbitkan di http://adz-ra.fotopages.com

Wassalam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...