25 October 2009

wetland oh wetland ...

Sabtu, 25 Oktober 2009, aku berjaya.

Aku berjaya jumpa Pak Adib , aku berjaya jumpa sebahagian dari kawan-kawan dia (kawan2 dia ramai wooo ...), aku berjaya pusing wetland sepenuhnya, aku berjaya jumpa track baru yang sangat menarik. Bunyi macam kejayaan besar-besaran je, tapi aku memang puas hati. AKu terlampau puas hati sampai sekeping gambar pun aku tak sempat nak snap. aku berada di alam kehampehan didalam dunia kejayaan aku semalam. Cisss rugi besar aku sebab tak ambil gambar secara besar-besaran.

Dah lama aku nak round wetland ni, tapi sorang-sorang memang kena pikiaq 40 kali la. Kali ni Pak Adib ajak, memang aku tak tolak. Ini first time aku ride berkumpulan dan first time raleigh aku masuk off road. Memang puas hati la pakai raleigh ni. Very smooth.
Ada 8 orang yang menyahut cabaran Pak Adib. Aku, Pak Adib, Pak Muhaimy, Razif, Sy Din, Ghazali, Jeff dan MKA. Dan geng-geng ni memang dah lama ride la aku rasa. Semua dah otai-otai belaka. Tengok Pak Muhaimy dah senior, tapi steady dan fit.

Janji nak berkumpul kol 7.30 dan roda golek jam 8. Jam 7 aku dah siapkan semua keperluan. Jam 7.20 baru aku perasan aku tak sarap lagi, terus pegi kedai mamak mencekik roti canai la, tu yang dia paling pakar buat dan paling cepat siap dan paling cepat aku boleh habiskan. Cepat-cepat abis terus balik rumah, pakai kasut, pasang gps, pakai helmet, sarung tangan, roda terus golek ke wetland. sampai situ, semua dah ready. Tercungap-cungap aku tapi control macho depan kawan-kawan baru. Padan muka aku sapa suruh lewat. Tapi dah 4 km aku kayuh utk sampai situ. Pak Adib selaku penyelaras bagi tak limat sikit dan Pak Muhaimy yang ketuai pagi tu.

Kayuhan yang rileks dan selamba. Sambil kayuh borak-bora,. dan aku pastikan yang aku paling belakang. Pak Muhaimy sempat jumpa 1 bola golf. Mahal katanya. Rupanya track tu betul-betul sebelah padang golf IOI resort. Patut la. Tapi terang gak mata dia dapat trace bola tu kat celah-celah rumput tebal. Dah dekat 5 Km tu baru la aku betul-betul tau apsal la tempat tu nama wetland. Semua dah tunggu kat situ dan Pak Adib yang merasmikan kayuhan atas ayaq. Mula mula atas ayaq. Lepas tu jadi kayuhan dalam ayaq. Dalam jugak la ayaq bah kat atas jalan tu, kereta memang tak leh lepas la. Abis basah kasut. Tapi takpa, bukan aku sorang, semua basah kasut.

Sampai dah masuk 14 km rehat jap, makan pisang yang di supply dari Sy Din. Aku pulak share kurma yang aku bawak. Lepas ni kalau kat wetland tu tumbuh pokok kurma, memang sebab kerja kami 8 orang la tu. Abis makan, bunag biji kurma kat situ.

Dh abis rehat, mesyuarat sikit. Semua tak puas hati sebab rasa dekat sangat. Memang betul 14 km tu tak rasa penat pun sebab kayuhan santai dan ramai-ramai. Jadi di putuskan dalam mesyuarat tu, kayuh lagi sampai cukup 20 km. Track berikutnya tu memang best. Kayuh atas jambatan kayu yang paling best, cantik dan unik.

Sampai balik ke tempat kami bermula dalam 20km la. aku punya milage lebih 4 km sebab aku mula dari rumah. Sampai balik dalam pukul 10.20 dah. Tengok ada yang memancing sambil berkelah kat situ. 1 joran RM20 unlimited kata Sy Din.

Lepas tu ada yang perlu hadir meeting, ada yang ada hal, selebihnya terus pegi minum kat Taman Warisan Pertanian Presint 16. Depa packing basikal masuk keta masing-masing. Aku ? aku takkan nak kayuh lagi pegi presint 16 kot. Padan muka aku lagi sekali, sapa suruh tak datang ngan kereta. Dah pukul 10.40 . Panas pun boleh tahan. Borak-borak sikit ngan Pak Muhaimy & Razif, lepas tu aku kayuh balik la.

Kesimpulannya, akau akan datang lebih kerap lagi untuk kayuhan di wetland dan kayuhan bersama pasukan PERS. Kayuhan kali ni memang best, dan Pak Adib dah racun aku untuk kayuhan di FRIM dan Broga. Aku dengan lapang dada tak tolak punya kalau tak ada aral melintang. InsyaAllah.

20 October 2009

sawang dah makin banyak ...

Dah naik sawang blog aku ni . Langsung tak di sentuh, di cubit, di edit dan di perapa-apakan olehku. Malangnya nasibmu wahai blog kerna tuanmu masih lagi di alam ke'malas'an di tahap yang tak dapat dihuraikan dengan apa jua perkataan di muka bumi ini.

Memang aku tgh malas, nak buat cammana. Walau macammana pun aku kena la letak target, paling bodo pun 1 minggu 1 kali kena update. Kalau tak, memang kekal bersawang la blog nih.

05 September 2009

Banyaknya Jalur Gemilang ...


Banyaknya Jalur Gemilang ...

Adatnya warga Malaysia, bumi bertuah ini akan menyambut kemerdekaan negara dengan Jalur Gemilang. Sebabnya itulah lambang negara kita Malaysia ...

Kat banggunan penuh bendera, kat tiang lampu pun, kat kereta, lori, motorsikal, teksi, bas, basikal, bahkan setiap blog, portal dan website pun penuh bendera. Begitulah rakyat Malaysia ini yang sangat sayangkan tanahair mereka. Lalu pelbagai pihak samada agensi kerajaan dan badan-badan korporat membuat sumbangan bendera percuma untuk diagih-agihkan pada rakyat Malaysia. Maka penuhlah bendera-bendera ini dipacakkan dengan penuh kreativiti masing-masing.

Kita bangga sebab penuh bendera kat Malaysia. Sana sini kita dapat lihat jalur gemilang hinggakan bersepah-sepah bukan setakat pada kenderaan, malah ia jugak bersepah sepah di lebuh raya, jalan persekutuan, jalan bandaran, jalan kampung, malah sampai kedalam longkang dan sungai di tepi jalan. Bahkan, kita Jalur Gemilang ini dilenyek-lenyek pula oleh kenderaan yang lalu lalang. Aduhhhh ... nak ngelak dari langgar bendera, takut terlanggar kenderaan lain pulak. Langgar dan lenyek aje lah. Kesiannnn Jalur Gemilang.

Puncanya :
1) Bendera punya stand tu tak berkualiti langsung
2) Cara nak lekatkan stand bendera yang salah

Semoga sambutan kemerdekaan akan datang, rakyat Malaysia lebih peka. Peka untuk memberi/membeli bendera yang lebih berkualiti dan peka untuk melekatkan stand bendera tu betul betul betul .... Ada sahabat pernah mencadangakan cara untuk melekatkan stand tu agar betul-betul kukuh. Ada 3 cara :

1) Cara 1 - Lekatkan stan tanpa tiang dan bendera pada kenderaan anda, dan biarkan ia berpanas dan berhujan selama paling kurang pun 2 hari. Biar stand tu betul-betul serasi dak sukankan tenpat duduknya yang baru.

2) Cara 2 - Lekatkan satu lagi double sided tape pada permukaan kenderaan yang hendak dilekatkan stand bendera. Kemudian cantumkan dengan double sided pada stand yang sedia ada. Baru la stand tu akan double trouble punya kukuh, kemudian kena la patuhi 'cara 1' kat atas.

3) Cara 3 - Sebenarnya pelekat double sided ni ada banyak jenis. Ada yang tebal, ada yang nipis, ada yang lebar dan sebagainya. Itu tak penting ... apa yang penting ... k e r j a s a m a ... arghhh .. bukan. itu wonderpet. Apa yang penting, kena pilih double sided yang mampu menahan beban yang berat. Waktu nak beli double sided tu, belek dan baca label pada double sided tape tu boleh tahan berat yang cammana. Pilih yang boleh tahan berat gila, baru la kukuh. Cuma harga pun kukuh jugak la. Lepas tu, ikut 'cara 1' kat atas untuk lebih kukuh.

Selamat berjalur gemilang. Tahun depan la kot kalau nak cuba tips ni sebab sambutan kemerdekaan pun dah berlalu.

29 August 2009

Kayuhan Sahur




Kayuhan Sahur

Assalamualaikum w.b.t ... Salam ramadan pada semua ...

Kali ni betul betul betul lama aku tak update blog nih. Adehhh... Pabila diterjah oleh angin kemalasan pada tahap ulat dalam batu pun tabik spring kat aku ... sampai hampir lupa aku ada blog yang perlu sentiasa dikemas dengan berita terkini... apa la aku nih ..

Ok la... aktiviti terkini, aku dah upgrade bini muda aku kepada bini yang kurang muda. Secara automatiknya aku telah menaikkan pangkat bini muda aku dulu kepada bini dah tak muda... sebab aku dah bagi dia ber'madu'... dan aku perkenalkan bini aku ... Raleigh Elite Disc Trail Series (27 speed). Tapi still tahap beginner punya MTB ... aku rasa. Aku angkat pun sebab aku rasa macam murah. Aku rasa la. Jadi, tahun ni aku beraya dengan basikal tu la. Jadi basikal raya aku. Orang lain sibuk beli baju raya, kasut raya, perabot raya, kuih raya, ... aku ada basikal raya... padan muka aku... dan puas hati aku.

Dah ada bini baru, takkan nak bagi dia dok rileks dan terperap je kat dalam rumah, takkan nak buat sangkut baju je, kena la bawak dia jalan-jalan tunjuk tempat baru dia. Biar dia tahu jalan sikit. So, malam ni aku plan nak join PCM (Putrajaya Critical Mass - 19th edition). Tapi sebab first ride, banyak benda yang aku nak kena setting sikit biar serasi. Sudahnya aku dah lewat. Aku rasa la. Aku sampai kat bulatan Sultan Abdul Aziz Shah tu dah pukul 11. So aku decide tak join PCM kali ni... lagi sekali ... (memang tak sempat nak join pun lagi). Aku kayuh lone ranger la. Kayuhan malam secara solo yang pertama mengelilingi Putrajaya dengan basikal baru. Banyak kali la jugak berenti setting sikit basikal tuh. Yang lain aku rasa OK, cuma pedal je yang aku kurang selesa. kecik sangat kot. Dok rasa kasut asyik sangkut kat crank tuh. Ke aku yang dah salah tenik kayuhan. Hmmmm.

Sampai kat situ ada satu brader road bike dah potong aku, selamba je... siap toleh dan senyum kat aku .. sempat bagi salam lagi tuh... bagus betul la riders kat putrajaya nih. Tatak sombong maa... lepas tu ingat nak kejar la... mmg aku bermimpi dia siang hari la kalau nak kejar. Kejap je dia dah ilang. Lepas tu aku pusing bulatan Masjid Putra, macam biasa la kat situ meriah dengan manusia yang pelbagi aktiviti dan ragam. Yang paling ramai bawak anak2 kecik ... dan ramai jugak yang dok layan RC car. Ada jugak yang dok bercouple. Ingatkan semua setan dah kena rantai, ada yang terlepas la kot. Sebab lemah iman, aku tegur dalam hati je la. Adehh ..lemahnya iman.

Pas tu aku terus masuk round ke-2 mengelilingi roundabout paling gergasi kat Putrajaya ni. Sebab dah lama aku tak kayuh, dah rasa lain macam. Macam nak cramp kaki kiri. Adehhh ...lepak jap kt tepi jalan, minum 100 plus+air. Makan kurma 2 biji. Lepak 2 minit, baru aku sambung balik. Baru la rasa bertenaga balik. Ingat tu nak buat hatrick la, nak kayuh 3 pusingan roundabout tu, tapi dah rasa ada titisan hujan rahmat dari langit. Hmmm ... balik je la nampaknya... pecut la aku nak balik. bukan nya risau apa... takut basah Garmin aku nih. Aku basah takpa...

Sampai kat rumah masih belum cecah 20 km, aku round la dulu kawasan Presint 11 K tu 2 round, kasik cukup 20km ngam ngam je ... macam tak percaya boleh complete 20km malam ni. tapi kena la percaya jugak. ... hehehe ..

So, malam ni aku anggap kayuhan sahur la. macam PCM punya tagged line la jugak... dan aku berharap, aku mampu untuk bangun sahur nanti di pagi yang syahdu nih ... sejuk... mendung .. berangin ... syahdu le tu aku kira.

Di sini aku ingin menyeru kaum muslimin dan muslimat, marilah kita sama-sama ingkatkan amal dan ibadat kita pada bulan ramadan yang mulia dan penuh keberkatan ini. Aku sedar yang aku kurang sangat amalan pada ramadan ni. Aku berdoa dan berharap Allah tingkatkan iman aku untuk terus meng'upgrade' daya tahan melawan nafsu. Nafsu je la yang nak kena lawan, sebab setan dah kena rantai. Berilah aku kekuatan Iman dan Amal Ya Allah... Amin Ya Rabbal A'lamin...

31 July 2009

Lupa Itu Juga Rahmat

Lupa Itu Juga Rahmat ...

Dah lama aku tak kemaskini blog ni. tambah itu ini cenggitu cenggini. Masa begitu menghantui aku dan menghambat-hambat aku. Terasa kurang cukup masa yang diberi 24 jam sehari. Begitu pun, setelah dicongak dan dikira, ditolak dan dicampur, di darab dan di bahagi, begitu amat sedikit amal kebaikan dan bekal pahala yang telah aku buat untuk di bawa ke alam yang lagi satu. Cammana ni ? .. Hmmm ... Ya Allah, ampunkanlan dosa dan kesalahan hambamu ini.

Kali ni aku nak kisahkan tentang rahmat. Banyak Rahmat Allah bagi kat kita. Tak terkira banyaknya. Tak cukup dakwat aku nak tulis. Sebab dakwat yang sedikit ni, aku tulis pun sedikit je tentang rahmat Allah iaitu ... lupa.

Lupa juga kadangkala menjadi satu rahmat, bergantung pada keadaan semasa la. Hari ni aku terrrrlupa. Dan aku rasa kelupaan aku ini seperti satu rahmat. Bila dah rahmat ni kita akan rasa tenang dan lapang. Kita rasa bersyukur. Kepala tak serabut. Betul ke ? Tapi tu la yang aku rasa.

Sikit je yang aku lupa. aku lupa bawak henpon. Sesuatu yang jarang-jarang kita lupa selain dari wallet. Sebabnya sama. Banyak benda penting kat dalam tu. Bila dah lupa bawak henpon, tiada lagi bunyi deringan yang membuatkan otak kita akan membuat spekulasi terlebuh dahulu. Siapa la yang call. Ada benda urgent ke ? Ada orang nak jemput makan kenduri ke ? Ada salesmen nak jual barang ke ? ada along nak kutip hutang ke ? Ada bank nak kasi peluang untuk tambah hutang ke ? macam-macam spekulasi dalam masa 2-3 saat sebelum kita tengok id pemanggil di skrin henpon.

Itu baru bunyi sekali. Kalau 2-3 kali bunyi dalam masa tak sampai 17 minit ?

Cuba bayangkan ... tetiba bunyi-bunyi deringan manja ringtone dari henpon anda tidak kedengaran seketika. Sunyi. Sepi. Tenang. Hati pun rasa hepi. Sekejap je la tapi cukup untu buat kita rasa tenang dan rasa jauh dari dunia sebenar. Mungkin sebab tu la orang memilih untuk bercuti di Pulau-pulau yang jauh dari orang. Sunyi je. Takde bunyi telepon sebab memang takde liputan pun. Jadi kita akan lupa sekejap hiruk pikuk dan kelam kelibutnya kehidupan di kota. Kita rasa tenang. Rahmat tu. Jangan lupa syukur dan lupa pada Allah pulak.

Terlupa dengan tak sengaja itu rahmat ... kadang-kadang. Kalau buat-buat lupa, itu mengada-ngada. Kalau dah mula jadi pelupa, kena la banyak-banyak istghfar sebab dah makin hilang nikmat dunia. Kalau tak pernah lupa ?

Dan Alhamdulillah, aku terlupa nak bawa henpon walaupun sekejap.

...

17 July 2009

Hidup Bermakna, Mati Bermakna

Hidup Bermakna, Mati Bermakna...

Kali ini aku ingin berkongsi intipati khutbah jumaat tengah hari tadi yang aku dengar di Masjid Hasanah, Bangi. Mimbar hari ini mengajak kita mengabil iktibar dari kisah seorang sahabat Nabi yang begitu komited dengan Islam. Agama yang baru dianutinya.

Beliau adalah Saad bin Muaz.

Kematian Saad bukan sahaja di tangisi oleh para sahabat dan Rasulullah, tetapi juga para malaikat di langit dan di bumi. Rasulullah berkata bahawa di saat kematian Saad, bergegar Arasy Allah dan menangis para malaikat di langit dan di bumi.

Saad memeluk Islam ketika berusia 31 tahun dan shahid ketika berusia 37 tahun. Hanya 6 tahun beliau hidup sebagai seorang Islam. Selama 6 tahun hidupnya itu beliau mengabdikan diri sepenuhnya kepada Islam. Kematian Saad di tangisi oleh para sahabat. Semasa para sahabat mengusung jenazah Saad untuk di kebumikan, mereka berasa hairan dan berbisik-bisik sesama mereka. Perkara ini di ketahui oleh Rasulullah S.A.W lalu beliau berkata kepada mereka .. " Aku tahu apa yang kamu bisikkan dan aku tahu jawapannya akan kemusykilan kamu itu.. ". Rupa-rupanya para sahabat berasa hairan kerana jenazah Saad bin Muaz sangat ringan umpama kapas. Berkatalah Rasulullah, sebenarnya jenazah Saad turut diangkat oleh para malaikat.

Fizikal Saad yang sangat hitam menyebabkan lamarannya sering ditolak sehinggalah Rasulullah sendiri yang menjamin untuk peminangannya. Oleh kerana Saad tidak mempunyai wang pada ketika itu, Rasululullah mengarahkan beliau agar meminta dari Abu Bakar, Usman dan Ali. Semasa beliau ingin membeli kelengkapan untuk berkahwin, terdengarlah panggilan untuk berjihad. Tanpa menunggu, Saad telah menggunakan wang tersebut untuk membeli kelengkapan perang dan pergi berperang bersama para sahabat yang lain. Dan dengan takdir Allah, beliau telah syahid dalam peperangan tersebut.

Mulianya Sahabat Rasulullah ini. Beliau mendapat kemuliaan Allah di saat kematiannya. Adalah menjadi kutamaan beliau untuk menyahut seruan Allah dari kehendak dunia. Hebatnya sahabat Rasulullah.

Bagaimana pula saat kematian kita di kemudian hari ...

15 July 2009

Wahai Insan ..

Idea ?

Hari ni takde apa-apa idea. Satu habuk idea pun tak masuk kepala otak aku, mana la depa pi malam ni. Apa nak tulis kalau takde idea... merapu ? tazkirah ? cerpen ? ...

So malam ni aku bagi tazkirah pendek .

Wahai insan hamba Allah yang telah dilantik sebagai khalifah di muka bumi yang bertuah ini...

Sedarlah. Setiap sesuatu perbuatan akan di balas. Yang baik dengan balasan baik, Yang jahat memang mendapat la. Ada yang Allah simpan balasan untuk insan bergelar hamba Allah khalifah di muka bumi ini tatkala di dunia lagi. Dapat cash. Ada juga yang masih alpa kerana tiada balasan. Mereka alpa dan lalai tanpa mereka sedari balasan yang mananti di akhirat.

Wahai insan ...

Ingatlah, jangan menunding jari menunjuk kesalahan pada orang lain kerana 1 jari yang di tuding, 4 jari yang lain menuding pada diri sendiri (cuba la tuding jari pada objek berhampiran - kucing ke, lembu ke, meja ke, pampers anak ke).

Wahai insan yang lalai dan mudah lupa (bukan melayu saja mudah lupa)...

Tahukah kamu yang hidup ini ibarat bola ? Hari ini di atas, esok pun mungkin kat atas lagi, lusa pun kat atas lagi hingga kita lupa yang mungkin tahun depan kita akan ke bawah dan tidak tahu sampai bila kita dibawah. Entah-entah terus di bawah sampai dibawa ke bawah bumi (arwah dah le tu).

Wahai insan ...

Janganlah pandang hina akan orang lain kerana merasa dirimu mulia (kes berlagak hensem). Jangan mencebek perbuatan orang lain dan mengutuk akan insan yang lain sekalipun didalam hati, kerana Allah maha besar. Suatau hari nanti perkara yang buruk itu juga yang akan kita lakukan tanpa kita sedari.

Insaflah wahai insan...

Hidup di dunia yang singkat ini, pergunakanlah untuk menambah saham akhirat. Istiqamah dan ikhlaskan dalam menjaga amal yang sangat sedikit. InsyaAllah akan beroleh kejayaan dunia dan akhirat.

Alhamdulilalh... aku bersyukur dapat hidup di muka bumi ini. Semoga aku tidak menjadi melayu yang mudah lupa akan janji-janji Allah. InsyaAllah