Nov 15, 2011

Mana Posting Baru ?

Semalam aku kena mengajar. Dah lama tak jadi cikgu, tiba-tiba ada yang jemput suruh mengajar. Aku kena ajar pasal blog. Mengajar bagaimana nak buat blog. Tapi blog aku ni ... hehehe ... last updated 13 Julai 2010. Lamaaaaaaa betul aku tak kemaskini dan tambah posting baru. Buat malu kat student yang hadir dalam kelas tu je. Mujur la aku boleh buat muka selamba je.Dan semua student memang agak gila-gila jugak. Kira OK la tu.

Semua peserta dalam sessi tu memang sangat-sangat OK, bersemangat. Tak tau la apa depa pikir dengan cara aku mengajar tu. Aku doakan mereka terus berBLOG. Berjaya dengan blog mereka. Mendapat kepuasan dengan blogging.

Rasa macam da semangat baru untuk terus buat kemaskini blog spektrum minda aku ni.

Lepas aku check sana-sini, aku baru dapat trace, dah setahun lebih aku tak kayuh basikal tu secara serius. Kayuh main-main tu ada la sekali-sekala.  Kesian basikal aku tu. Teruk betul berhabuk.

Tapi takpe, teruskan cuba untuk kuatkan semangat.
Kuatkan semangat untuk berblog dan berkayuh.

Berkayuh untuk kesihatan, berblog untuk kesihatan.

InsyaAllah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...