Nov 19, 2011

Rondaan

Malam ni ada rondaan. 



Rondaan ? Aku bukan polis, tapi aku kena buat rondaan. Ini yang dinamakan Skim Rondaan Sukarela (SRS) di bawah Rukun Tetangga Presint 11 K. Kat situ nampak aman, tenteram . Tapi setakat ni dah banyak kes kecurian dan pecah rumah. Setakat ni 1 kes pun belum dapat lagi penyelesaian. Penyamun tarbus betul la sapa yang buat keja tu. Ada 1 rumah tu dah 5 kali kena. Kesian kat tuan rumah. Sampaikan dan takde apa dah penyamun tarbus tu nak curi lagi. Kes terakhir sim card astro je yang depa kebas. Itu pun depa ambik jugak. Tuan rumah cakap, mujur la waktu tu bukan musim bola. Kalu tak Hangin satu badan la jugak.

Atas dasar ingin menegakkan keadilan dan mengekalkan keamanan, maka ditubuhkan skim rondaan sukarela(SRS) ni. Tapi sepanjang SRS ni berjalan, Alahmdulillah tiada perkara tidak diingini berlaku. Belum lagi ada kecurian sepanjang SRS ini dijalankan.  

Masih belum ramai jiran tetangga yang masuk skim ni. Setakat ni baru 30 ++ anggota je. Tapi yang dah jadi ahli SRS ni semua bersemangat waja untuk buat rondaan. 

Memang ada risiko jugak buat kerja sukarela macam ni. Tapi kami semua dilindungi oleh insurans.  Setakat ni peralatan rondan belum diperolehi dari Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasinal (JPNIN), tapi atas inisiatif penduduk dan AJK Rukun Tetangga, terutanya biro keselamatan, maka SRS ini tetap dibuat. 

Best juga meronda tengah-tengah malam ni. Dapat hirup udara segar, dapat bertukar2 pendapat dengan rakan-rakan se SRS. Aku nak cuba cadangkan untuk buat rondaan berbasikal Tak kisah la basikal apa, janji boleh kayuh. Hati senang badan pun sihat.



Nov 15, 2011

Mana Posting Baru ?

Semalam aku kena mengajar. Dah lama tak jadi cikgu, tiba-tiba ada yang jemput suruh mengajar. Aku kena ajar pasal blog. Mengajar bagaimana nak buat blog. Tapi blog aku ni ... hehehe ... last updated 13 Julai 2010. Lamaaaaaaa betul aku tak kemaskini dan tambah posting baru. Buat malu kat student yang hadir dalam kelas tu je. Mujur la aku boleh buat muka selamba je.Dan semua student memang agak gila-gila jugak. Kira OK la tu.

Semua peserta dalam sessi tu memang sangat-sangat OK, bersemangat. Tak tau la apa depa pikir dengan cara aku mengajar tu. Aku doakan mereka terus berBLOG. Berjaya dengan blog mereka. Mendapat kepuasan dengan blogging.

Rasa macam da semangat baru untuk terus buat kemaskini blog spektrum minda aku ni.

Lepas aku check sana-sini, aku baru dapat trace, dah setahun lebih aku tak kayuh basikal tu secara serius. Kayuh main-main tu ada la sekali-sekala.  Kesian basikal aku tu. Teruk betul berhabuk.

Tapi takpe, teruskan cuba untuk kuatkan semangat.
Kuatkan semangat untuk berblog dan berkayuh.

Berkayuh untuk kesihatan, berblog untuk kesihatan.

InsyaAllah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...