Jul 17, 2009

Hidup Bermakna, Mati Bermakna

Hidup Bermakna, Mati Bermakna...

Kali ini aku ingin berkongsi intipati khutbah jumaat tengah hari tadi yang aku dengar di Masjid Hasanah, Bangi. Mimbar hari ini mengajak kita mengabil iktibar dari kisah seorang sahabat Nabi yang begitu komited dengan Islam. Agama yang baru dianutinya.

Beliau adalah Saad bin Muaz.

Kematian Saad bukan sahaja di tangisi oleh para sahabat dan Rasulullah, tetapi juga para malaikat di langit dan di bumi. Rasulullah berkata bahawa di saat kematian Saad, bergegar Arasy Allah dan menangis para malaikat di langit dan di bumi.

Saad memeluk Islam ketika berusia 31 tahun dan shahid ketika berusia 37 tahun. Hanya 6 tahun beliau hidup sebagai seorang Islam. Selama 6 tahun hidupnya itu beliau mengabdikan diri sepenuhnya kepada Islam. Kematian Saad di tangisi oleh para sahabat. Semasa para sahabat mengusung jenazah Saad untuk di kebumikan, mereka berasa hairan dan berbisik-bisik sesama mereka. Perkara ini di ketahui oleh Rasulullah S.A.W lalu beliau berkata kepada mereka .. " Aku tahu apa yang kamu bisikkan dan aku tahu jawapannya akan kemusykilan kamu itu.. ". Rupa-rupanya para sahabat berasa hairan kerana jenazah Saad bin Muaz sangat ringan umpama kapas. Berkatalah Rasulullah, sebenarnya jenazah Saad turut diangkat oleh para malaikat.

Fizikal Saad yang sangat hitam menyebabkan lamarannya sering ditolak sehinggalah Rasulullah sendiri yang menjamin untuk peminangannya. Oleh kerana Saad tidak mempunyai wang pada ketika itu, Rasululullah mengarahkan beliau agar meminta dari Abu Bakar, Usman dan Ali. Semasa beliau ingin membeli kelengkapan untuk berkahwin, terdengarlah panggilan untuk berjihad. Tanpa menunggu, Saad telah menggunakan wang tersebut untuk membeli kelengkapan perang dan pergi berperang bersama para sahabat yang lain. Dan dengan takdir Allah, beliau telah syahid dalam peperangan tersebut.

Mulianya Sahabat Rasulullah ini. Beliau mendapat kemuliaan Allah di saat kematiannya. Adalah menjadi kutamaan beliau untuk menyahut seruan Allah dari kehendak dunia. Hebatnya sahabat Rasulullah.

Bagaimana pula saat kematian kita di kemudian hari ...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...